Tuesday, March 31, 2009

Jalan-Jalan di Keningau

Ahad lepas kami pigi ikut rombongan anak buah abg Halim yang bertemu jodoh dengan kekasih pujaannya dari Sook , Keningau. Seronok jugaklah kami punya perjalanan ni. Tapi...Jalan Banjaran Crocker memang menakutkan dan menggayatkan.




Masa singgah Masjid Keningau, sempat lagi anak-anak aku posing baaa


Pelangi, Hujan dan Jem


PELANGI... Dulu masa kecil-kecil kami selalu diingatkan supaya jangan tunjuk pelangi sebab ia akan menyebabkan jangan jadi kudung.
HUJAN... Masa kecil-kecil dulu aku suka main hujan. Syiok main hujan ni.
JEM... Sejak kerja di opis PULAPOL ni, selalunya aku akan sampai rumah selepas jam 6pm. Penat la... lagi-lagi kalo aku kena hantar dan ambik anak aku dari sekolah dan nursery.
Petang ni aku terima mesej dari c Ana " Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) melainkan dengan izin Allah S.W.T dan sesiapa yang beriman kepada Allah S.W.T , Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Taghabun : Ayat 11)

Monday, March 30, 2009


HANA HUMAIRA

Tidak habis habis pasal Hana Humaira.Anak aku yang no 3 dan bungsu hingga saat ini. Bukanlah aku pilih kasih dengan anak-anak aku ni. Semua pun aku sayang. Tapi...C Hana ni la yang paling banyak dia punya gambar. jap lagi aku edit gambar c haziq. Itu pun ada jugak c Hana menyelit. haha






HAZIQ


Haziq sebelum gunting rambut. Anak aku no 2. Dilahirkan tidak cukup bulan tapi berat dah 2.6kg. Sangat sporting masa kami kena tahan 4 hari pertama di Hospital Queen. Langsung tidak banyak ragam. Bila kami balik rumah saja, baru dia start meragam dan sehingga hari ini..... dia masih minta nenen tengah-tengah malam. Di rumah kami panggil dia E-dik.




HAFIZUDDIN


Anak aku yang sulung. Pemalu, cepat merajuk dan cepat nangis. Selalu kena buli dengan c Hana dan C Haziq. Masa baby... kena jaga betul-betul. Sampai umur 2 tahun masih tidak diberi gula-gula dan keropok. Sudah besar ni.....selalu kena marah gara-gara adik-adik dia yang ada macam-macam pe-el.

Monday, March 2, 2009

HARI INI DAN KEMARIN

Cadangan Jambatan untuk kampung aku. haha

Aku berangan: Satu hari nanti kampung aku ada salji macam ni. keke

KEMARIN dan HARI INI ada lagi kelas IT.
KEMARIN BAKA start masuk opis baru dorang tanpa kehadiran c Ana yang pigi bercuti di ILIM selama 1 minggu.
KEMARIN IT punya big bos tanya bila mo angkat meja dan kerusi yang menghuni dan menyemakkan makmal bahasa.
KEMARIN anak kepada kami punya penyelia masuk Wad.- Semoga cepat sembuh dan dipanjang umur.
HARI INI IT pi melawat di hospital Queen.
HARI INI aku makan dengan Chris dan Kak Asnah - Chiko tertinggal pulak.
HARI INI aku bercadang pi joging. Harap-harap tidak hujan la.
HARI INI seperti biasa aku berusaha memotivasikan diri untuk jadi sigu yang baik dan campen. Mungkin makan masa tapi aku yakin...satu hari nanti aku akan berjaya.
KEMARIN dan HARI INI aku tetap sayang dan masih sayang dan terus sayang dengan 4H dalam hidup aku..

Tuesday, February 24, 2009

Hana Humaira


Hana sedang belajar macamana mo bergaya jadi model gincu.
Posted by Picasa

Monday, February 23, 2009

Hana dan Hani

Hana Humaira Halim - Sudah pandai pakai gincu anak aku ni

Atok dan Hani Fitrianah - Anak ketiga dan awek pertama

Salam. Akhirnya c Atok dapat jugak anak perempuan ba. Sama dengan aku la. 2 lelaki dan 1 perempuan. nanti dorang besar ada tolong cuci piring. hahaha

Monday, February 16, 2009

Simpang Mengayau

Abang Halim dengan Bapa mentua nya

C Ende' yang sangat-sangat penyayang, 'cool', baik hati

Ina' dan Emma' - semoga sihat selalu, diberkati dan disayangi



Halim's Family - semoga sentiasa bersama

Otok dan Edik kena tangkap!!!

Sudah tiga tahun berturut turut kami sekeluarga akan pg berkelah di Simpang Mengayau. Memang syiuk. Selalunya yang akan jadi penaja ialah tidak lain tidak bukan c ende' la. Nanti la..kalo ada masa aku uplaod gambar c ende' sekeluarga di sini. Macam tiada pulak gambar dorang 1 family dengan aku.






Raya 2008

Lelaki-Lelaki Macho Sahaja

Wanita-Wanita Ayu Sahaja
Amrey, CT & Aiman

Halim's Family


Raya sudah lepas pun. Baru sekarang rasa mau upload gambar dalam blog. Mungkin sebab kerja pengemaskinian aset ict dalam fasa akhir dan otak aku pun rasa ringan.Kalau dulu...masa mulakan kerja pengumpulan maklumat aset ict ni rasa macam di JMG saja. Tugas yang sama aku buat. Bezanya disini tugas hakiki aku jadi tenaga pengajar. Panjang pulak merapuh pasal opis ni...

Raya Tahun lepas, giliran balik pg kampung aku. Rasa gembira sangat-sangat. Selalunya paling lama pun aku balik kampung 3 hari. Lepas tu mesti balik kk atau rumah mentua. Rindu pulak dengan kampung aku.

Bisuk aku start cuti 3 hari. Risau pulak dengan anak aku. Ina' sayang kamu anak-anak ku. Semoga kamu semua sihat , dipanjangkan umur dan dimasukkan syurga. Jadi la anak-anak yang baik ya.




Sunday, February 8, 2009

PAGI ISNIN YANG CERAH



Pagi hari isnin 9/2/09 cerah dan suasana diopis sunyi..damai. Tak ada lagi nyanyian Lagu Polis Sedia Berkhidmat oleh pelatih-pelatih siri 2/07. Maklumlah..semua pelatih pg OJT. Guru sekolah dan jurulatih latihan luar pun sibuk jadi penyelia pada pelatih-pelatih dorang. Tapi untuk 5 minggu sahaja. Lepas tu dorang balik la.

Aku... Hari ni TERPAKSA jadi wakil Ketua IT hadir miting mingguan. Malas la mau masuk miting ni. Lagi -lagi kalo miting tu ambik masa yang lama. Masa opis lama dulu..tidak pernah walau sekali pun aku hadir miting mingguan. Rindu pulak dengan opis lama. Walaupun JMG Waterfront berbau harum setiap kali air surut...tapi itu jugaklah yang jadi pujaan. haha

HATI... tenanglah wahai hati.... Setiap insan yang hidup di dunia pasti ada melakukan kesilapan.
Maafkan lah......

Thursday, February 5, 2009

Mau Mandi Kolam

Kami ni anak NELAYAN. Tinggal tepi pantai. Masa kecil-kecil dulu selalu mandi di laut.
Bila sudah besar dan remaja ni (perasan)... mau jugaklah mandi kolam
Dimakbulkan doa dalam lagu kamu bertiga ( ndek, enti dan atok)...kami pon pergilah Marina Resot di Kudat supaya cucu-cucu bapa aku ni dapat mandi kolam
Dan...Gambar ini Diambil sebelum diorang turun mandi mandi bisuk hari...

Wednesday, February 4, 2009

Kereta Kecil Ku

Masa dulu - dulu...aku mimang gilak dengan kereta ni. Cute dan Montel. Telah pun aku miliki...tapi akhirnya aku dan dia berpisah ....... hua...hua....